Jiran

18:56

Petang petang keluar rumah main basikal. Rasa bebas sangat.*naik basikal lepas dua dua tangan.



Selalu naik basikal petang macam ni, ada la budak budak anak jiran main badminton, basikal, bola sepak,main lari lari. (Teringat masa kecik dulu). Rasa macam nak join bebudak  ni maen, tapi weh, aku dah umur dua puluh. PULUHHH. Takkan la perempuan macam aku nak main sekali ngan diorang. KERJA GILA NAMENYE. 
Ismail kata "kau kan gila, ape salahnye join" Gila aku, waras lagi la weh. 

Last year family aku ada buat open house, datang satu family ni, anak dia comel!! Comel gila  *dengan muka penuh excited bercerita. Ingatkan anak kawan ayah aku ke ape, rupenye anak jiran. 


me with Deejay and athirah


haa, tu la yang duduk atas riba aku tuh. Kakak dia yang free hair tuh. Kakak tak bertudung , adik bertudung. haha, lawak je. okay takpe, diorang budak lagi. 

Memula budak comel tu masuk rumah, aku grab. 
"hai awak, awak sapa nama?"
"nama kite afika "
"oowh afika, awak umur berapa?" 
and she start talking and talking nonstop. Aku macam peh! budak ni aku tanya sepatah dia jawab seribu patah, boleh buat geng ni. haha. 

Kawasan rumah aku ni, kiri kanan depan belakang cina, selang serumah baru melayu. Tu pun anak dia tak cakap sangat dengan orang dewasa macam aku. Tak best okay.
Majoriti kawasan rumah aku, anak anak semua kecik lagi. Tiada yang baya baya aku. Kalau perempuan boleh la buat kawan, lepak lepak tengok movie ke and kalau LELAKI.................
part ni best. kalau lelaki baya baya aku kat area rumah aku, boleh la naik basikal sesama,pergi kedai sesama,borak sesama, datang rumah dia make a strong relation dengan parents dia pastuh mak dia suka kita, pastuh mak dia nak jodohkan anak dia dengan kita. Swweetnye!! AKU DAH KENAPA LEBIH LEBIH NI

But in reality, tak de jiran yang boleh share cerita. argh! and sebenanye sampai sekarang tak tahu rumah adik afika tu yang mana. Pepetang pusing kawasan rumah, cari rumah budak ni. Boleh aku main saidina ke, sudoku ke, barbie, teng teng ke ngan afika nih. hehehe

You Might Also Like

0 comments

Social Life