I just did.

16:21

Hari tu seronok makan cupcake wondermilk. Makan dua bijik, tapi rasa nak lagi. Time nak tido boleh tebayang bayang cupcake terbang masuk mulut. Aku cadang buat cupcake sendiri kat rumah. Kalau kedai wondermilk tu dekat rumah aku, hari hari aku beli. Tapi malangnye dekat damansara weh.

Resipi cupcake aku tengok dekat intenet.

150g mentega
185g self raising flour
110g gula kastor
1/2 sudu teh soda bikarbonat
3 biji telur
1 sudu teh esen vanila

ising :
Uht whipping krim
1/2 cawan krimwell
gula ising, ikut suka hati manis--> resipi ibu, tak tahu banyak mana aku bubuh

Cara
1. Gaul mentega dengan gula
2. Masukkan telur satu satu, then campur esen vanila
3. pastuh masukkan tepung plus soda bikarbonat
4. gaul then masukkan dalam cup
5. masak dalam 15 minit 180 celcius

tunggu sejuk. then buat ising pulak



ising ni three things ni gaul je sampai putih.
nak letak pewarna, suka hati la.




Tak reti la sebenanye tulis blog cite pasal masak ni. Macam pelik je aku share ngan orang aku masak apa.
Dah macam mak orang punye blog dah. Tapi I anak dara lagi okay.

Aku just share mane yang aku tahu je.

You Might Also Like

2 comments

Social Life