Great weekend

Hai there.

Kelas aku sampai hari khamis je. Jumaat tu dah feeling feeling hari sabtu.
Kames malam jumaat tido rumah sewa geng geng aku. I mean rumah sewa athirah-kak farah-ash-ruehl-dila.

So let the picture tells you everything

Thursday

At Kampung Mortem.



Anak dara keluar malam. Ini teruk, jangan la ikut. Cerita dia, siang kami tido, malam kami keluar terbang pergi pusing satu melaka. Okay,tak. Ini keluar sesaja. Tapi apa yang best keluar memalam, takde terdedah dengan matahari, cepat la aku putih. hmm, tak payah tepek sunblock, krim uv bagai. Keluar malam, sejukk, macam kat oversea. 

That night sempat singgah kedai tengok bola, italy lawan germany. Germany kalah. :(



Friday
Then the next day, jumaat. Tak da kelas uolls. Tak tahu nak buat apa. Study study jugak, keluar keluar jugak.



basah kuyup
Mandi laut, at tanjung bidara. Siap mandi terjun dari jambatan or tebing tinggi lagi. First time dalam hidup tahu. Macam nak bunuh diri tu. Tak lama aku diri atas tebing tu, tapi seriously takot. Bunuh diri, faham tak macam nak bunuh diri. Nak terjun tu, nak kene sebut nama someone baru boleh terjun <--konon la "sebut nama mail, bik!" And I jumped while screaming his name. Tapi dalam kepala ingat tuhan , mak ayah je.



Adila bermaharaja lawak masa nak terjun tu. Nak dekat setengah jam tunggu dia berani terjun. ayat dila, "aku nak terjun ni!" "satu ... dua.... ruehl,jangan tolak aku" *padahal takde sapa tolak dia. Kiteorang kat sebelah tengok dia nak terjun je. Lawak. lastly, dila terjun jugak. Dah terjun tu, terharu, coz she made it. "aku nak terjun lagi laah." . Kemain berani lagi.



Saturday

Hari minggu hari cuti, but this week ada kemahiran insaniah yang sangat zzzzzz bila time ceramah. Ceramah , rabu malam kamis. Syahdu je dengar ceramah memalam. Then sambung hari sabtu ni, latihan dalam kumpulan or LDK. 
Ini best sebab buat aktiviti dalam kumpulan dengan budak kelas. Hari hari jumpa bebudak ni, k.i ni pun dengan diorang. So, tak malu sangat nak present kat depan.

Kene present pasal satu malaysia guna barang kitar semula untuk buat arca. 
And kene reka lagu satu malaysia



Lut, adila dan din

k.l tower la konon




mat rempit jiran sebelah yang memiliki muscle yang fake

Group 1 

Group 1, satu malaysia muzium


Group 2, 
Group 3


Nampak tak group aku buat apa.
Ada terowong SMART, K.L Tower dengan kereta PROTON. 
hmm, dah cukup satu malaysia. Simple. 

Alhamdulilah, it was fun.
My friends and classmates do rock my world. Thank you




Tiada ulasan

Ya!

Food Review

Resepi Masakan

Birthday

My Student Life

Skincare Review

Hotel Review