Gesterik

Saya baru tahu saya ada gastrk. Selalu aku dengar kawan kawan aku ada gastrik. They have to eat on time. Tu je aku tahu.
Ni sendiri yang dapat gesterik ni. So aku tak tahu nak buat apa dengan diri sendiri. Aku jumpe info dekat internet.

Tanda Gastrik

Sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen)
* Rasa senak, berangin atau pedih
* Rasa tidak selesa
* Kembung, sendawa berulang kali 
* Rasa mual (loya) dan muntah
* Hilang selera makan
* Berat badan turun (pada peringkat teruk)



Hhmm, betul la tu. Every night after twelve je mesti sakit perut. Macam dah jadi rutin. 
Athirah kata kalau gastrik tak boleh tido lewat lewat. Sangat tak bujang la tido awal. Orang dah kawin je tido awal ni.  Doktor bagi ubat botol besar warna putih suro makan. Tapi tak pernah makan pun. Sebab ubat dia warna putih, macam geli je. Kalau aku makan tu, terbayang aku makan bedak sejuk campur air dekat rumah tu. Eyuwwwww.

Punca gastrik

  1. Makan makanan pedas
"Orang yang gemar makanan pedas adalah lebih cenderung untuk menghidap masalah gastrik acid, ini adalah kerana kepedasan itu adalah sesuatu yang merangsang rembesan jus gastrik asid di dalam perut. Ini menerangkan kenapa anda lebih berselera dan makan lebih apabila terdapat lauk yang pedas."

Aku tak boleh la tak makan pedas. Tak rowkkk. Tak gagah. Tak kental . Memang wajib hari hari makan pedas. Tak kira la wei, aku nak makan jugak. Kasi gegar konsert perut aku. Yeah man!

    2. Makanan masam
Okay, aku jarang makanan masam. Nanti bengap, sebab tu tak makan. Ala, tak makan pun lembap jugak aku.

    3. Makanan goreng
Ini memang la. Kat mana mana je jumpa makanan bergoreng. Gonna eat less after this. (Azam baru)

    4. Merokok
Haa,, ini paling impossible. Impossible la aku merokok dapat gastrik. Orang yang merokok pun tak de gastrik. Ciss.

Penyelesaian..... aku tak tahu la apa petua nak prevent gastrik ni. Banyak je. Aku dengar susu kambing elok. Sedap je kambing. Semua tentang kambing aku suka . Belambak je kambing dekat alor gajah ni aku jumpa.

Aku nak makan pedas, tak kire. Feveret woi. I want to eat whatever i want! At the same time nak body lawa.



AHHH! yang penting aku nak study. *tiba tiba. 

Tiada ulasan

Ya!

Food Review

Resepi Masakan

Birthday

My Student Life

Skincare Review

Hotel Review