20th Birthday

01:40

Saya dah duo puluh tahun. HUYOOOO! okay, sendiri huyo. 9 oktober lepas officially dah dua puluh tahun. Dah tak de dah umur belasan. Dah tinggal dah zaman naik bas sekolah pakcik himpit himpit. Dah takde dah zaman pakai baju sekolah.
Puluh daaaah, terasa macam tua tapi awal dewasa kot. hehehe. Kalau macam life dena umur dua puluh dia dah kahwin. AAAAHH, bestnye.

Eh berangan kawen pulak. Apa tadi? haaa.
Masa tu gap lapan hari for costing. Rasa nak balek k.l pun ada, nak sambut kat rumah, tapi nanti rasa menyesal. So, aku end up macam nak selebret befday dekat rumah diorang(rumah sewa kawan). Ni first time sambut birthday without family. :'(

Siang tu siap siap pergi rumah diorang. Pastuh macam birthday mesti la ada kek kan. Tapi tahun lepas takde pun.haha. Lepas maghrib tu macam tak de perasan malam befday sendiri. Dalam hati rasa macam "bapak bosan ah malam befday duduk rumah" . Aku pun hmm, takpe la. Tido lagi bagus. Sebab sedih tak sambut befday dengan ibu ayah and family kat rumah, aku pun tido lepas solat maghrib tu.

Dila , ash : Bik, bangun. Beli kek. Kau kata nak beli kek.
Dalam hati, "eh, baru pukul lapan , asal gelabah nak beli kek awal awal nih. Hmm, takpe la. Lepas beli kek, sambung tido. Nanti bangun tido pukul 12 malam tiup lilin .Haa, cemtu la.

Dengan rasa mengantuknye keluar after isyak dengan kak farah, syafiq, ash, and adila.
Aku ada tanya dila. "Dila, kite nak kemana?" *dila diam. tanya ash, "ash, kite nak kemana?" ash: "ikut je"
Pastu tanye dila lagi, "kite nak kemana?". Dila, "rumah member, singgah kejap rumah member aku". "ooohh"

Belok kanan, belok kiri, blok kanan lagi cari rumah member dila. EH, aku macam tahu kawasan rumah ni. Memandang kan gelap, tak bape pasti sangat. Tapi macam tahu, tapi tak tecakap. And sesampai tu lutfeey, ifwat, syamim kat luar rumah. Haaa, aku tahu rumah sewa ni. Rupa nye rumah sewa budak classmate laki aku. Cehh, menipu betul dila.
Nampak mail lari lari dari rumah jiran sebelah kat situ. Dengan berpakaian SINGLET??
Bapak ah, malu aku kawan aku pakai singlet.

Masa ni dah la tak makan pape, lapar gilaaa. Pastu pergi tesco cheng, beli kek. Then, pegi makan dekat nasi ayam gemas. Lutfeey, ifwat, syamim, dengan ismail pun join sekali. AHHH, semak je! ehh tak.
Dah kenyang tu aku ingat nak balek rumah sewa, boleh aku sambung tido. Tapi tak, gi mana entah. Tanya dila dengan ash, kak farah, semua tak berjawab. Lutfeey, mail,syamim , ifwat follow kat belakang.
Dalam hati aku, weh kemana ni weh. Aku nak celebrate befday aku kat rumah jap lagi ni. Nampak tak gelabah aku tu. haha.

Haaa, sampai . Sampai dekat pantai. WUUUUU~~~~, pegi pantai memalam. Best wwooh! Pantai satu malaysia dekat klebang, tapi kat situ gelappppp. Memang best buat maksiat. hehehe. *gelak syaitonnirojim. ASTAGHFIRULLAH. okay.tak,tak.
Sampai situ, main freebies. AAH, tak tahu la eja dia cemana. Main buaian. BEBUDAK SUNGGUH. Kalau kecik dulu ayah je buai aku.

tu haa bende alah tu nama frisbis.

Yang macam tarik pastu lepas atas langit pastu dia terbang dengan berlampu macam tu. Keling la bahasa aku ni. Nasib laaah.
So we wait there until 12 o'clock. 

AND 


SELEKEH!
Dah dua puluh dah kite. hehe. Part paling segan, diorang nyanyi befday kat aku kat tempat awam,orang ramai. Malu hoi orang pandang. Tapi gelap, tak bape segan sangat la. Then dah potong kek tu, kene suap. Kene suap kek, MALU GILER. Jangan tanye la kene suap ngan sapa. Malu sangat ni. *tutup muka ngan bantal.

Dah habis makan tu,jalan tepi pantai, and that sweet moment came up. I feel so blessed that I got to meet such great person like you,  and I had a great time. I will never forget that moment. Rasa nak nanges, tapi aku tahan je. Hahah. 

Lutfeey, syamim, ifwat semua datang kat aku, and *baling tepung. ARGHHH! kene tepung! 
Dah la tak bawak baju lebih, habis baju, tudung semua kena tepung. Masa ni memang semua lari lari tepi pantai, sebab kene baling tepung. Tiga paket tepung okay. gila betul. Dah la tak penah kene tepung dalam hidup. 

ifwat, lutfeey and ash 
mail, kaka farah, dila and ash

peluh campur tepung = cucur lazat

ash (asilah )


syamim and siddeq




and i nak cakap terima kasih kat kawan kawan for making me happy with all your surprises. It was the best ever. *Peluk sorang sorang :))) Thank you all of you, thank you ALLAH for having them in my life. Really appreciate it <3


Terasa panjang pulak post aku ni. Jarang pepanjang macam ni. Alaa, best moment mesti la nak share . Nanti dah kahwin , rindu. eh!

You Might Also Like

0 comments

Social Life