Ramadhan 2013

Assalamualaikum. Fuh ! Fuh! Lama gila tak update blog. It's july and it's ramadhan. Bulan paling best ! Bulan paling feel secure, sebab syaitan tak de. Suka hati nak buat apa. haha. Means kalau buat jahat dan tak baik bulan ramadhan tu, adalah diri dia. Bukan hasutan syaitan.

This time ramadhan, susah nak sahur and bebuka dengan family, weekend jarang balek. Weekend macam ada je hal yang tak boleh balek. Pergi teraweh macam tak semangat. Buat sendiri, setakat solat teraweh dekat rumah sewa je. Rajin lebih siket haa baru la drive tiga minit pergi masjid solat teraweh. Duduk rumah sewa bukan dekat bandar pun, kawasan kampung je. Drive pergi teraweh sorang sorang okay lagi, tapi bila tang nak balek rumah drive balek tu..... seram . Pepaham je la jalan kampung, gelap gelita. Lampu jalan ada tapi puiiii rosak. Bila pikir syaitan hantu takde bulan ramadhan, baru rasa lega siket. Semangat lebih siket kalau housemate yang lain pun pegi teraweh sekali. Ini best!  Jumpa laki hensem after teraweh, haa mula la cakap "weh hensemnye", takpun batuk batuk, paham paham ada mamat hensem lalu. Perangai sangat. 

Sahur , everyday kalau sahur, is a must untuk makan nasi. Tak makan nasi, tak bermaya siang tu. Lepas zuhur , terbongkang atas katil.

Petang, pergi bazar ramadhan yang banyak gila makanan. First day puasa paling laku kalau berniaga kat bazar. Mana tak nye, semua bende nak beli, lima enam jenis kuih beli, nasi berlauk lagi, air mata kucing, air teh bunga, banyak weh tak habis. Nafsu melampau. 


And today is puasa yang tiga belas. Alhamdulilah, boleh kawal apa bende nak beli kat bazar. 

I just love ramadhan, because it always make me feels so calm wherever i go, with who i am with.

“Being grateful is not just an act of saying Alhamdulillah. Being grateful is an attitude. It’s a lifestyle. It’s a way of thinking. You’re constantly grateful.”
Nouman Ali Khan (via aworldbetweenmirrors)









Tiada ulasan

Ya!

Food Review

Resepi Masakan

Birthday

My Student Life

Skincare Review

Hotel Review