My life and My Girlfriend, Farah.

13:20

Happy birthday farah. Hai farah, you are reading my blog kan sekarang? Hikhikhik
Sebab tak ada kelas boleh berblog sambil baca buku Operation Management ni.
Sebenarnya dah lepas pun birthday farah. Tapi nak jugak cerita.
Tak tahu nak cerita dari mana, lama sangat tak berblog.
Susah anak cucu aku nak baca , sebab skip nak dekat setahun tak update.

Nak cerita pasal farah,
she is a friend of mine since Sekolah Rendah Islam Alamin, tapi we are not so rapat,kelas pun lain lain, aku kelas bawah, farah tu pengawas, kelas orang pandai and dak dak hensem lawa je kat kelas dia tu.
 Then masuk Sekolah Menengah Islam Alamin, farah dah pindah, dia sambung SMK Gombak Setia. Tak jumpa.
Form 5, aku pindah SMKGombak Setia, haah, lagi setahun nak habis belajar, pindah sekolah.
Pertama kali pindah sekolah kebangsaan. Rasa awkward kot. Culture Shock kejap.
Masuk kelas sains tulen, 5 Sejahtera, and haa, jumpa farahin. Sekelas, tapi tak rapat jugak masa ni, Sebab farah baik dengan asilah. Aku geng ngan Marlyana, Nawal, Aliyah Shazana. Kemain bising dalam kelas, asyik kene tegur dengan cikgu kat depan.

Kelas AddMat, Sir Lee , kat belakang bernyanyi, Sir Lee siap tegur, "Aliah, kamu bernyanyi, buat kerja la"
"Sorry sir"
(Cerita ke laut sikit haha)
Farah buat birthday dia masa form 5 dekat rumah dia, semangat datang sambut birthday main belon , yang datang aku, Marlyana, Ghazali, Qamarul , Aizat, Yana, Mas Hana, eh, entah la, tak ingat, tapi memang dah la makan nonstop apa semua, hai, tak bleh lupa betul la.

Sambung lagi, lepas SPM, masing masing bawak diri sambung belaja dekat tempat lain lain.
Tapi mostly kawan kawan dapat asasi Uitm, diploma uitm, tapi masa ni aku tak dapat, merayu merayu, dapat masuk matrik, then quit matrik, sambung Fast Track Account  , dekat Puncak Perdana.

And I found Farah! Farah sambung Fast Track Account jugak rupanya. Tapi dia satu sem beza dengan aku. Kira dia senior aku.

Tapi tak ingat since bila kita berdua selalu keluar sama sama
Then aku kena pindah ke Uitm Melaka,tapi cuti contact contact sebab nak keluar sesama masa cuti sem. Hampir hari hari keluar jalan jalan,

Dah habis Diploma, sambung Degree dekat Uitm Segamat, and I found you again farah!
Satu rumah sewa, satu bilik sama, and satu katil (maksud aku , kau tidur bawah, aku tidur atas) Kahkahkah.
Tuhan tu hebat, kawan baik yang tak pernah sedar wujud dalam hidup aku.

Dulu, aku sedih sebab tak pernah ada kawan baik yang kekal forever. Baik dengan Syameme dulu lepas tu dia pergi terbang gi obersea, sedih, rasa jauh sangat. Contact pun hmm tak sangat sebab masing masing busy.Orang lain ada kawan baik siap tulis caption "bestfriend 10 years an still counting''.
Aku? Tak tahu nak kira berpa tahun bersama dengan siapa. Kucing pun, bertahan dua tahun je lepas tu mana entah hilang.

Yang forever forever forever dengan aku ialah my family. Ibu, ibu, ibu, ayah, aisyah, Hadif, Hakim , wancik and opah .
Tapi bab kawan , i makes friend with everybody.
Tak kira hitam ke putih warna kulit . Sebab aku pun gelap. ahhahah
Tapi alhamdulilah i have a really great friend and never stop give up nak dengar gosip aku hari hari.
Dalam sat hari mesti gosip, tak kisah pasal apa pun, Barack Obama datang Malaysia dekat tv pun kami gosip dan debatkan.

Farah, I Love You tapi nak sayang mak kau lebih , sebab mak kau yang lahirkan anak yang ohsem macam kau. *contact ma terus. ehhehehe




Credit to amirul arif Photographer 
Gambar from his website here 

Farah, kita kawan sampai masuk syurga k, bukan takat pintu syurga je tunggu luar, kita dua masuk sama sama bahagia bersama bidadari dalam syurga. 
I LOVE YOU.
BYE

You Might Also Like

0 comments

Social Life