Kahwin Muda

This topic tak pernah buat aku ngantuk. Kalau sesapa kawan tu tetiba cakap pasal kahwin, terus toleh belakang, 'siapa nak kahwin ?, kau ke?'
Bagi aku , ni la sunnah nabi paling umat muhammad suka . eh! Sebab kahwin kan? Like halal in everyway, everything  can do sesama dengan orang yang kita suka. Best nya (mula berangan pakai white dress untuk nikah sambil pegang sejambak bunga ros) 💐. 

Terlalu ramai dah kawan kawan yang dah kahwin, at the age of 19 dah bertunang dah, kira cop awal awal la tunang tu . Seronok attend kenduri kawan kahwin. Sekali boleh reunion jumpa dengan kawan kawan lain. Mostly yang kahwin awal ialah kawan yang berada, yang berduit kecing kecing, plus muka lawa , moreover dah ada lelaki yang disukai dan menyukai dari sekolah atau universiti. 


I believe that kahwin muda ni, mak ayah tanggung , mak ayah mertua pun tangguh, sebab both family mampu. Nowadays semua dah mahal. 
Maybe dua orang couple ni dah lama bersama, since sekolah asyik sesama je, sampai parents perasan , so kahwin kan cecepat . 

 Satu lagi yang kahwin awal ni, nak elak maksiat. Ni paling best! Paling betul sangat. Dosa sini sana bawa kehulur kehilir, better nikah kan. 

Islam is so beautiful. Allah kata mas kahwin tu yang kene ada masa nikah, hantaran tak penting, tapi nowadays, hahtaran tu dah cecah rm40ribu. Menanges . 

Another sebab maybe lelaki yang nak kat perempuan tu dah bekerja dan duit dah stabil so senang parents perempuan nak bagi si anaknya kahwin. 


Hmm. Sekarang dah nak pukul 12 malam, time to sleep, tapi tak boleh tido, tu yang kemain tetiba bukak topic kahwin muda. Hahah.  

 ( Tapi kes saya, ibu kata suruh kumpul duit sendiri untuk kahwin ke nikah ke apake) 
(Tapi aku sekarang, duit tak berapa nak ada, apatah lagi calon suami)

Sad ending. Goodnight. 

Tiada ulasan

Ya!

Food Review

Resepi Masakan

Birthday

My Student Life

Skincare Review

Hotel Review