End of semester 4 (Currently)

18:32

Alhamdulilah, habis dah semester 4 islamic banking. 7 paper, alhamdulilah doa aku lulus semua. Tak boleh nak target 4 flat sangat, sebab paper qawaid fiqhiyyah and monetary economy adalah sangat memcabar jiwa. Doa lulus dan boleh sambung satu semester lagi.

Lega dah kat rumah sekarang, balek drive from segamat with fathin mokhyi, hantar fatin dekat kajang, lepas tu sesat .
Wajib sesat la kalau sorang, pafahal rumah area kl pun still failed lagi. Hmm, I need a driver, i need partner,hehe.

This semester is just so so so awesome. Tak boleh describe betapa bestnya semester ini. Macam tak nak habiskan semester ni, sebab sayang semua classmate. Never thought that classmate serapat , seukhuwah ini. I JUST LOVE THEM SO MUCH. SEMUA, LELAKI KE PEREMPUAN, SEMUA AKU SAYANG.
Sangat perpaduan.
Ada sekali begaduh kejap. Haaa jap nak cite. Sebab punca dia dari aku.

nak cite detail macam over sangat tapi dia mula bila kita benci sorang classmate tu, bila dia present kat depan, semua kita nak bangkang. Im so sorry la perangai aku macam tu. Nak kata dengki pun tak tahu la. Its like seorang sahabat ni pandai, since diploma (kawan dia bagitahu), so aku macam okay , tak kisah la pandai, tapi dia jenis yang tak share ilmu dia dengan orang. Geram. Jadi tetiba benci.
Pastuh gaduh kejap kat twitter pastuh teettt, masuk whatsapp, gaduh kat whatsapp then, hmm ada sesuatu yang unspoken berlaku.

But then decided to minta maaf dengan semua orang. Semua classmate tiga puluh orang aku minta maaf, semua tiga puluh aku mintak maaf through whatsapp sambil mengalir air mata.

Since that day, dah takde dengki khianat dah, terus jadi baik.
Sometimes, aku rasa, Tuhan punya plan tu semua elok je. Tapi memang pun kan? Cuma kita tak sedar. How grateful I am now, betapa bersyukur nya aku , bila gaduh sikit tu la sebenanya merapatkan lagi ukhuwah sesama umat Nabi Muhammad.

Now, thats one story.
Another one, is about doa.

Kita doa, maksudnya kita minta dari Allah, antara lambat atau cepat je tuhan tu kabulkan.
Setelah setahun, that one doa tuhan kabulkan.
Masa kita mula lakukan tu, rasa macam sesaja. Suka. Buat sesuatu sebab suka la.
Apa yang kita suka, tak mungkin kita dapat.
Jadi, bila kita suka, kita try untuk dapatkan 'that things', tapi bila gagal, kita give up.
Banyak kali try, give up, try , give up, try, give up. Siap mintak tolong kawan. Siap minta advice dari kawan. Alhamdulilah kawan ramai membantu (thank you shahban, fairus, aesyah, fatin mokhyi, aina kassim, allia farah, syafinaz ,and puteri aqila) untuk aku teruskan juga apply 'never give up'. Heheheh.

Alhamdulilah bulan ramadhan yang penuh kebahagiaan , penuh tangisan kegembiraan dan tangisan terharu dari hati sanubari .

I will always appreciate bila seteleh sekian lama, doa itu dikabulkan, walaupun kita rasa ianya mustahil untuk dapat kan .




xoxo
Bye, selamat berbuka.




You Might Also Like

0 comments

Social Life