Sedeqah yang miracle

13:08

Ya allah , serius terkejut okay dapat duit raya banyak macam ni.
Tadi petang, ayah ibu balek dari kerja . Ayah hulur duit raya, ayah kata kawan dia bagi. So ambil je la.
Ayah tanya, 'tak bukak ke dalam tu dapat berapa?'
Pastu aku cakap 'nanti alia cek berapa'

Naik atas masuk bilik, tiba tiba hakim masuk bilik sambil dengar lagu lepas tu jerit 'KAKAK, DALAM DUIT RAYA TU ADA DUA RATUS RINGGIT!!'

Aku macam 'eh betul ke? serius la kawan ayah bagi dua ratus ringgit ?'

Sekali tengok, ya allah betul dua ratus ringgit, EMPAT KEPING RM50. Subhanallah, rasa nak menjerit masa tu dapat duit banyak tu, sebab selalu bagi banyak , orang yang kita rapat macam ibu atau ayah ke, tapi kali ni kawan ayah, yang aku tak kenal pun. Wow sangat!

Tapi bila dapat duit banyak ni, kene banyak bersedeqah, bagi dekat sesiapa yang perlukan. Lagi lagi orang miskin, pakcik sapu sampah depan rumah tu ke, tak salah nak bagi duit yang kita miracle dapat. Dia macam, bila kita miracle dapat duit, kita pun miracle kan orang bagi duit. So orang tu pun dapat rasa seronok diberi duit. Allahuakbar



Lepas ni, rasa rasa kurang duit, lagi kita kene bersedeqah, baru Allah tu bagi kita lagi banyak rezeki bukan rezeki duit je, rezeki bende lain pun ada juga.



You Might Also Like

0 comments

Social Life