Nak, dapat. Beri, tak dapat.

'Ibu, cantiknya baju tu'
'Haah, ambil la'
 'Tapi mahal sikit la ibu'
'Takpe, tahan lama sikit'

Semua kita mintak, semua dapat. Kalau tak barang pun, makanan. Kita kata ibu masak lauk ini sedap. Terus ibu masak lauk tu. Semua kita nak, kita dapat, seboleh boleh ibu ayah nak kita rasa gembira, rasa bahagia. Rasa seronok dengan hasil yang dia dapat, hasil gaji, atau hasil penat lelah dia kerja and bagi kita.
Tapi
Pernah terfikir tak, apa perasaan kalau macam macam mak ayah bagi kita tapi satu hape pun kita tak penah nak diorang bangga dengan kita?

Belajar. Belajar memang kita belajar, tapi tak pernah bangga dengan kejayaan kita. Kita struggle sungguh sungguh nak A+, tapi tak dapat. Bila ibu ayah tanya, atau tengok result kita, tapi tak dapat A+ tu, kita sedih, ibu ayah pun sedih juga. Tapi dia kata, takpe, cuba lagi.
Dalam hati kita kata, mana boleh cuba lagi, nanti nanti lagi susah. Tapi itu je la rezeki yang dapat.

Aku syukur aku pernah dapat nombor 1 dalam kelas, nombor 2 dalam kelas, asalkan dapat result bagus, ibu bagi hadiah. Hadiah paling dulu suka, jam. Jam mickey house. Comel k .
Heheh.

Bila usia dah naik, masuk sekolah menengah dah makin susah, masuk universiti, kene life full hidup berdikari lagi payah, tapi tahu student, atau kita struggle study, kita tak tido malam study sebab nak SPM, nak final apa semua. Tapi bila keluar result, Allahuakbar. Tuhan je tahu perasaan tu. Nak bagitahu ibu ayah result kita tu pun perit . Tak teruk, tak four flat, tapi biasa biasa. Result biasa biasa, yang takde benda nak dibangga kan.

Kadang kadang ibu cerita anak kawan kawan dia semua study bagus bagus. Semua dapat SPM, PMR straight A's. Sambung belaja oversea, ambil medic. (Sebab medic is satu kos yang dibanggakan oleh semua orang). Banding dengan diri kita yang hmmmmm. Its sad. Ibu pernah cakap, jangan jadi biasa biasa, jangan jadi averages , jadi luar biasa, yang lebih dari orang lain. Think out of the box.

Until now aku masih tak tahu apa yang aku boleh bangga kan dengan diri aku, skill aku ? No! skill at all in apa apa. Ilmu? Tak pandai sangat, tak boleh nak dibanggakan pun, tak boleh bagi ibuayah nak banggakan dengan kawan kawan dia.
Dia macam, ibu ayah dah bagi macam macam, kita patutnya give back what the best from diri kita kepada diorang. Selepas everything ibu ayah dah korbankan. Korbankan masa pergi ambil kat sekolah , beli buku sekolah bau sekolah, bagi duit semua.

Jadi aku tengah pkir perkara apa yang boleh buat ibu ayah berbangga dengan diri aku.




Tiada ulasan

Ya!

Food Review

Resepi Masakan

Birthday

My Student Life

Skincare Review

Hotel Review