Three

20:16

Last week subhannallah. Rasa nak quit belaja. Dalam seminggu tiga presentation sekali gus. Selang sehari okay lagi, ni satu hari tu dua subject, then esoknya presentation lagi.


I do love presentation . Sebab i love to cakap banyak banyak penuh confident tapi banyak merepek. Haha

Tapi sometimes tengok lecturer tanya, lepas tu kita jawab, tapi tak tahu betul ke tak, pastuh rasa macam apa  yang kita present buat kita down. 
First subject present hari tu is Financial Planning. Madam Marziyana duduk belakang kelas berkerut dahi tengok group member and aku explain. 
Seram. 
Takut semua kita buat salah. Tapi better dari lecturer yang diam mebisu tak tegur mana salah kita . Aesyah, Amin and Farah tenang je present, sampai kat aku macam rasa ada ombak tsunami mengkabut kan keadaan . Harap classmate faham apa kiteorang present. Walopon bunyi simple je tajuk kiteorang present tu, Zakat. 

Then kelas petang ada kelas strategic management, sorang present, tajuk bahagian ratio. Rasa banyak sangat. Sebab tak habis cakap kat depan dah kene soal dengan madam. Bertubi tubi madam tanya. Rasa nak nanges kat depan. Tapi group member ada backuo, madam tanya why bla bla bla, Farid Amin ada la juga backup. Tapi at this moment, boleh bayang kan dah cemana viva. Which is thesis untuk sem depan. 

The next day, which is presentation paling takut, subject paling rasa nak menjerit secara nyaring, which is subject Islamic Legal Maxim. 


Topic, takaful. Bunyi senang je, tapi topik ni je, ada section and akta kene rujuk with the islamic financial services act. 
Malam before present subject ni, tidur rumah aina, finaz, allia and Aqila. Tak tido malam study and paham kan takaful. 
Sempat tido dua jam je. 

Paling struggle paham kan detail setiap word dalam topic takaful ni. Takut ustazah tanya, tak dapat jawab, ha nanti dia menagamuk, wuuu. Risau. 
Malam before tu jugak la edit slide, print slide untuk classmate and buat past year. 

The next day bila present, banyak subtopik yang ustazah skip. Bengkak mata , pucat muka study sampai muntah kejap, kat bilik air stress pahamkan takaful, end up, banyak yang diskipkan. Sabar je. 
Allahuakbar. Lega tu lega, tapi the struggle tu, dahsyat ah.  Kalau tak tido malam study for test, boleh consider normal lagi, tapi this one, for the sake nak pahamkan, sampai tak tido malam. Hebatnya kuasa tuhan tu. Banyak ilmu tuhan tu sampai tak tahu macam mana nak apply dalam hidup. 

Macam final exam. Study chapter 1 sampai 10, tak seratus peratus masuk semua tapi diambil sikit sikit. 

Sama macam ilmu yang kita cari ni, banyak ilmu kene cari, kene study, tapi agak agak berapa peratus dapat apply dalam kehidupan seharian dan sebarkan? Hmm. 



Lepas habis present tetiga subject, rasa lega . Alhamdulilah. Baru tahu diri kita ni boleh hadapi, tuhan tahu kita mampu thats why tuhan bagi kita ujian cemni. Ni baru sikit , dalam dunia student. Nanti kerja, dah bekeluarga lagi banyak dugaan  , sebab tuhan sayang kita. 

You Might Also Like

0 comments

Social Life