Makeup Fever?

Umur dah 24 tahun, enam tahun lagi dah masuk umur 30 tahun. Hoi, tak lama tu weh. Tak lama tua tu. Entah hidup ke mati tak tahu. Allahualam
Bila dah umur 24 tahun ni, empat tahun masuk umur dua puluhan ni, rasa macam a twisted of life.
Maksud aku, umur remaja yang sedang dahagakan ilmu, skills, experience and semua.
Masuk 20 tahun tu, mostly remaja jadi student universiti, dengan siapa dia berkawan , itu la yang membentuk dia in the future.

Example, student A high school biasa je, sekali dapat tawaran UIA, which is lebih kepada islamic punya surrounding, automatik student A tu know more pasal ilmu agama, yela, UIA banyak event islamic best best. Masa awal diploma rajin juga pegi talk dekat UIA. Sekarang.... Allah, takde geng, busy benda lain.

Sekarang aku dah habis degree syukur habis thesis, dan praktikal.
Banyak sangat la pengalaman , serius semua benda buat tu, ada pengajaran in future.
Allah memang serius power plan hidup setiap manusia.

Aku suka cerita meleret. Title apa tu kat atas, kat sini cerita benda lain. Sorry.
Orang banyak cakap ni, tak boleh diam. Kalau sorang kat bilik ni, haa aku cari blog, aku taip pepanjang.
Kat twitter tak boleh pepanjang. Ada limit.

Continue tadi, umur dah 24 tahun.
Aku masih ingat nawaitu aku cakap kat ayah, umur 25 nak kawen ke tunang. Hmmmmmmmmmmmmm, kerja pun terhegeh cari. Memang aku letak 100% kat Allah macam mana pun jodoh dengan yang tersayang. Allahuakbar syukur he is the best in my life.Wallahi <3<3<3
Sekarang dah apply lebih dari 10 job. Dapat feedback, shortlisted baru, belum dapat tarikh interview lagi., tapi happy dia, jerit satu rumah.

Umur dah 24 tahun ni, aku tengok kat instagram and twitter cukup banyak pasal makeup,
tambah pulak geng pun haaaa gila makeup. Aku haa apa lagi, bukak youtube, tengok tutorial la.
Tapi dulu tengok youtube, biasa je, takde rasa nak beli. Sekarang ni, ya rabbi, nafsu sarakah apa bende tak tahu la
Semua nak try, lelagi yang best seller kat sephora, tapi mahal nak asdfghjkl.
Kat sephora, paling banyak habis duit sampai RM60 je kot. Itu pun beli lotion for dry skin. Masuk, tengok urban decay, tarte, marc jacob, ke apa semua, then keluar.
Kita cakap mahal sebab apa? Sebab tak mampu. Duit masih lagi mak ayah support. Orang lain , anak orang kaya, lantak la. Kang aku bash, jadi viral.hahah

Aku rasa umur 22-26 tahun ni, perempuan yang in-to makeup mesti rasa nak kumpul beli everything, lipsticknya, foundation, eyeliner, semua. Bukan satu lipstick , tapi 50 lipstick, lain lain brand. Aku sendiri pun sama masalahnya! Pastuh, dulu tahu compact powder , blsher je. Sekarang, primer, highlight, bronzer. Pehhh, best jadi perempuan.

Setakat ni, aku ni cukup  la ada bedak, satu maskara, satu eyeliner and segala bagai, just one(tapi lipstick banyak weh). Habis, baru beli.
Ni sekarang ni, cite dia normal la as perempuan remaja suka makeup, nak cantik kan.

Sebenanya, pakai makeup build confident A LOT! Muka jenis tak naik jerawat langsung tu,pakai makeup ke tak, sama je.
Aku ni, pakai makeup nak build confident plus nak la cantik la kan? Macam orang lain. Orang lain pakai hari hari, okay. Aku pakai tiga hari raya, cukup dah naik seketul dua ketul jerawat.
Haihh. Gigih beli makeup tau. Kira aku tengah makeup fever la sekarang. Pakai makeup, naik jerawat je, rasa nak buang semua makeup.
Sebab tu la kene jarang pakai makeup, atau tak payah sebenanya.
LESS MAKEUP, ALIAH, START NOW!






Tiada ulasan

Ya!

Food Review

Resepi Masakan

Birthday

My Student Life

Skincare Review

Hotel Review