Melaka Trip (October 2015)

Rasa nak throwback, blog la tempat terindah untuk throwback.
Masa semester 4, aku dengan classmate aku yang perempuan 'go travel'.
Awal semester, kalau tak silap.
First week masuk semester, takkan nak balek rumah parents. So aku dengan classmate perempuan pergi jalan Melaka.
Sepuluh kali pergi Melaka, sepuluh benda jumpa tempat baru. Banyak nak explore Melaka, sampai sekarang ada lagi tempat tak pergi lagi.

Dua kereta gerak sekali, tido rumah nenek wani.
Sangat best. Seronok bila ramai ramai dekat rumah nenek wani, semua reramai bersesak dekat dapur.
Macam ada satu bond between us.
Nenek wani tinggal seorang, so bila we olls classmate ramai ramai, dalam 9-10 orang datang, serius rasa macam best gila semua perempuan dok satu rumah macam ni.

Sampai rumah nenek wani, nak masuk rumah tu, siap beratur nak salam dengan nenek dia. Comel weh masing masing. Aqila, siap perkenalkan diri lagi. *salam nenek, qilah, "Saya Puteri Gunung Ledang, eh salah, Puteri Nur Aqilah"
Kalau sempat record memang lawak.

Masuk rumah nenek wani, oh baru tahu , nenek dia tinggal sorang. Aku pikir, haa senang la macam ni, tak yah pakai tudung kat rumah. Lepas tu, nenek wani tengah masak. Apa lagi , semua sembilan girls ke dapur. Nasib dapur besar jugak semua masuk dapur. Feels macam bestnya kalau jadi nenek, ramai cucu peremouan tolong kat dapur. Tak payah nenek sakit sakit badan buat kerja dapur. Sorang basuh pinggan, sorang kacau kuali, masak mee goreng tak silap. Sorang angkat pinggan ke depan, sorang buat air. Sangat comel. I feel the bond between us.





Meriah tau.





Malam tu nenek masak kari ayam , fuhh sedap gila, dengan sambal sotongnya ya allah, orang dulu masak semua sedap. Pastuh dah kenyang, tengok tv, bincang macam macam, bincang esok plan nak ke mana.
And malam tu juga la buka hadiah dari Mr, F. hehehe. sempena birthday yang ke 23 years old. 9 October.

The next day, pergi Uitm Melaka, sebab nak ambil sijil kolej aku yang nak dekat dua tahun tak ambil.
Pagi pagi dah gerak ke Uitm Melaka, Alor Gajah.




Dua kereta konvoi. Dah settle ambil sijil, gerak pergi bandar. Jalan jalan, pergi rumah upside down.





Pukul 10 pagi masuk, pukul 10.30 pagi dah keluar dah. Kejap je. Sebenanya dalam tu, rumah yang semua barang dia terbalik, which means semua melekat dekat ceiling, how dia lekat, with paku, gam semua. So bila nak bergambar kene act macam kita terbalek juga la. Pening juga sebenanya. Haha.




 Then, pergi dataran pahlawan dan melaka parade dengan lapan wanita.
Kalau pergi melaka, memang kene try asam pedas dia. So , pergi kedai asam pedas depan taming sari.
Simple je lauk kiteroang, kenyang ha. Nasi putih, telur masin, asam pedas and telur goreng.




 Jam dah pukul 1 lebih, so gerak pergi jonker walk or jonker street. Biasa pergi jonker street ni malam seronok. Sesak macam uptown . Barang murah. Tapi perempuan semua, elok la jalan siang siang hari.



Paling minat, ais krim telur dekat jonker street tu, tempat lain aku tak jumpa lagi ais krim telur ni. KL pun takde . Macam macam perisa ada. Harga dalam RM3 kalau tak silap. Of course halal. 
Panas panas siang elok la makan ais krim, lega tekak. Then kami pergi ke Masjid dekat dengan jonker street tu, Kampung Kling Mosque. Solat jamak di situ. 

Then kami gerak lagi jalan dekat area jonker street, masa  tengah jalan tu, ramai je mat saleh, foreigner jalan area joker street tu, tetiba macam nampak satu couple ni, tengah ambil gambar masjid kampung kling tu, pastuh aku nampak wani ngan alia farah jalan depan, laju je, sekali panggil aku kat belakang, ingat suro aku ambil gambar, rupenya mat saleh laki yang ambil gambar. Pastuh mat saleh laki tu macam perasan la dua orang yang bajet nak masuk dalam gambar dia haha, yang lagi tujuh kat belakang pun join  juga.

Then mat saleh perempuan tu cakap 'Terima kasih'. Yang mat saleh laki tu amek gambar kiteorang banyak kali, teruja gila kot. Sempat tanya, diorang ni husband wife dari US tapi stay dekat Singapore, jalan melaka. 




Then jalan lagi, masuk The Daily Fix Cafe, makan petang with the girls.
Order pancake yang paling gebu setakat ni aku penah tengok. 
Share bersama empat lagi gegadis, lagi empat gadis duduk meja lain.










Then,kami pergi bersukan . YEAH!
Aku , aesyah satu sampan , sampan ke eh? entah la. Shud and najirah satu sampan.
Yang lain duduk tepi tengok pun ada, sebab dah tak larat kot hehe. Ada yang main basikal, sampai accident.




Lepas berkayak, dapat tahu, Puteri accident. Berdarah. Kelam kabut semua. 
Semua pergi ke Hospital Ayer Keroh. Then , dah nak senja masa tu. So drive balek ke Segamat. Tapi bila nak masuk highway , tersalah exit. Patut exit JB, tapi aku drive, ter-exit KL. Terus rasa nak menanges tinggal kereta kat tepi jalan. Finaz yang drive kat belakang pun follow juga aku yang salah exit ni. Nasib baik lah sekali. Dah malam gelap dah masa tu, kalau drive ke Segamat memang gelap gelita lalu tangkak tu, jadi tumpang tido umah nenek wani satu malam lagi. 
Balek rumah, semua macam nak pengsan. Pastuh pikir balek, malu weh salah exit. Semua siap bash aku salah exit highway tau. 


Tapi it was really fun dengan diorang . Kenangan manis ke pahit semua tu memory , yang tak boleh lupa masa degree. Dugaan sikit sikit tu biasa la. Kene sama sama bantu bila ada dalam kesusahan.
Dah habis degree ni, aku rasa rindu pulak dengan semua, harap semua sihat sihat.

Salam rindu awak semua.
Take care.





Tiada ulasan

Ya!

Food Review

Resepi Masakan

Birthday

My Student Life

Skincare Review

Hotel Review