Hotel Review : Ames Hotel , Melaka




28 November, 

I've decided to go for a short vacay with my husband, as I have just one day off. After work, at 2pm , when home , solat , wait for husband to come home. Then off to Malacca.
At first, nak pilih hatten hotel melaka, lepas tu, tengok AMES hotel ni macam cantik je, terfikir nak try a new hotel. Then terus book kat Agoda.
Bought it from Agoda after several times tengok bilik dia sangat cantik. 
Harap bilik seindah dalam photo.
Late check in at 8pm sebab hujan lebat tak boleh nak drive lelaju.
1km lagi nak sampai tu, no signboard. Macam pelik juga. Takut hotel tipu. Bila dah sampai lobby, pehhhh MEWAH MACAM KAT BUKIT BINTANG LOBBY DIA.
Jom tengok.




1) Services
Services memang baik, dari pintu lobi, sambut baik oleh receptionist hotel situ. Berbaju melayu hitam. 
Sampai ke kaunter, staff hotel minta IC and terus bayar hotel
Given room number and room card .
Services nak check in , sekejap je. SUKA! Sebab aku dah penat gila, so memang aku nampak katil je. Ada event di hotel tu, nampak meriah orang datang gi dinner di hotel tu. 
Dalam masa 5 - 7 min kat kaunter , dah settle . 
Terus ke bilik. 
Bilik 232, level 2.



2) Room 
It have 158 room.
I took deluxe king room. The first time we enter the room, like wehhh, lawaaaa. Mewah gilaa. Dah macam sama level dengan hatten hotel. I swear!
When we first enter the room, the TV automatik terpasang intro music masuk hotel. Memang kena! 
Atas katil, guess what? ADA BALLOON !!!  THIS IS WHAT I WANT! 
SO CUTE TAU TUALA BUAT BENTUK SWAN AND LOVE. 
Masa aku sampai, dah malam nak dekat isyak. Belon dah agak kecut.
Never mind also, semua surprise perempuan suka. heheh




Lepas dinner kat luar, balik bilik ada kek anniversary. Thank you AMES hotel! I LOVE SURPRISE.




Space
The room is 31.15 square feet, macam besar hotel biasa. 
Lampu bilik hotel nampak sangat mewah.
Carpet warna blue , yellow and grey.
Ada hotel aku pergi, masuk masuk terus bersin. Not clean enough la kalau macam tu.
The bed are so comfy, the room are so nice. Look so luxury, and so clean. Love it so much.  The space is okay la, I love the design, looks so exclusive. 
Husband pun suka gila, siap terinspire nak buat bilik tido sebijik macam ni!
KATIL DIA SANGAT BESAR, sebab king kan? tiga empat orang pun muat atas katil.


The bathroom
So clean and luxury. 
Toiletries hotel semua tersusun kemas. They have their own small shelf ke wardrobe made of leather yang tetulis AMES Hotel. You all kena tengok sendiri toilet and bath tub dia. 
Hotel ni not only couple je boleh duduk. Nak bercuti dengan kawan pun boleh. Dont worry la kalau bilik air tembus ke katil tu. Boleh adjust nak tutup ke buka window bath tub dengan bilik tu.





3) Facilities
- Swimmingpool di tingkat 1, tapi swimming pool agak lain pada yang lain.
Nevermind, tak kisah pun. Tapi bersih la swimming pool situ
-Parking sangat senang, parking dekat depan hotel je. Tak perlu bayar.
-Wifi, 
Dekat kaunter nak check in, staff hotel bagitahu wifi boleh pakai. 
WIFI HOTEL LAJUUUU! LOVE IT!!!
I can watch youtube without loading.



4) Hotel price
- I bought it from agoda at RM210.56 , not to forget, i use shopback, get 5% back.
Total bayar masa check in RM220.20
5% shopback, RM11.01
Dapat harga RM209.20. 
Kalau you all beli awal, maybe dapat lagi murah.
After more than 3 years using agoda, im now Agoda VIP, yeayyy !!!!!

5) Location
Location near to highway, near Night Zoo Melaka, Melaka Butterfly Sanctuary, 
Dataran pahlawan only 10 km away.
 The location is just perfect. Kalau nak ke jonker walk tu, ambil masa dalam 15min- 20min. Malam biasa jem sikit la jonker.
Malam, makan sedap di ayer keroh is dekat Restoran Klasik Terapung. 
Hotel AMES ni near MITC ayer keroh. So theres a lot of kedai makan you can find there. 
Malam tu nak makan sup sup, so pegi try restoran klasik terapung tu.

6) Restaurant - The Munch
Di AMES Hotel, tempat makan dia nama The Munch. 
The interior sangat cantik. The furniture so comfy. The colour also nice. 
Kalau stay hotel, wajib la breakfast included. Baru tahu makanan situ sedap ke tak.
Cant believe this hotel ada variety of food.



Muffin

Variety of fruits

Dessert, bread semua ada.

My breakfast, first round. hehehe

Bread and soft roll

Juice and hot drinks


Breakfast je ada macam macam. 
Ada nasi lemak, meehun goreng, roti, a lot of bread. Muffin, croissaint, muffin choc, muffin vanila, ada bubur, salad, fruits, fruits pun banyak eh jenis. Bukan watermelon and orange je. Cereal pun ada.
Drinks, ada 4-5 jenis juice boleh pilih. 
Makan sampai tak larat, baru keluar k gais

Pancake and waffle

Bread with jam

7)Recommendation  
Yes! Really recommend for you guys if you want to stay Ayer Keroh area or MITC area.
If you want to go to Zoo Malacca, bird park, AMES hotel is hotel recommended for you.
Price also reasonable.

8) Rating 
I will give 4.5 /5
Will come again! Honestly, will come again.

You can click here to see their website, here

Thank you for reading my blog. 

2 ulasan

  1. First sekali nak wish Happy Anniversary, menariknya hotel ni memang sesuai nak celebrate dekat situ nampak grand dan selesa, next time pergi melaka nak stay situlah...

    BalasPadam
  2. Cantiknya weih ! Happy anniversary. Memang ngam sangat lah celeb kat sini. Melaka mek dah jejak jun 2019. Memang superb.

    BalasPadam

Ya!

Food Review

Resepi Masakan

Birthday

My Student Life

Skincare Review