Company Trip - Langkawi


On 31 Januari 2018, akhirnya plan pergi Langkawi tercapai dengan officemate.
Sepatutnya nak pergi bulan Disember, tapi cuaca hujan lebat, banjir, tak mengizinkan. Tunda akhir bulan Jan.

Day 1
On 30 Januari 2018 , bertolak malam pukul 1130 pm. Bawa kereta ke Langkawi, so kita naik ferry.
Kami pergi Langkawi melalui Kuala Kedah. Dari KL ke Kuala Kedah dalam 6 jam termasuk behenti di Rnr. Sampai jetty Kuala Kedah pukul 7 pagi.
Ferry begerak pukul 11 pagi. Kena awal dua jam. Tapi terlebih awal. So breakfast kat warung area jeti dulu. Rehat and tunggu dalam van. (masa ni, muka badan dah melekit sebab tak mandi lagi dari malam tadi haha)


Kami naik ferry dari Dragon Star Shipping dari Kuala Kedah. Senang berurusan dengan diorang.
Nak pergi Langkawi dari Kuala Kedah kalau bawa kenderaan, kena bawa gran kereta and ic driver, bayaran entrance fee kereta include penumpang. Dengan Dragon Star Shipping je settle semua.


Boleh wazekan ke Dragon Star Shipping  ni, nanti jumpa office dia. Office kecil je. 

Pukul 10 pagi, pekerja Dragon Star shipping ni dah ready suro naik ferry. Kereta masuk ferry, first time, teruja aku.

Nampak tak kereta masuk dalam ferry tu? Yes, park kereta dalam ferry, and then duduk dalam ferry.

From Kuala Kedah to Jeti Langkawi dalam 3 jam lebih.



Arrived at Langkawi Port pukul 3pm
30 min ke Dayang Bay Serviced Apartment and Resort,  4 star hotel , alhamdulilah managed to book this hotel at a reasonable price.

The view, mashaallah so beautiful. You can see sunset and sunrise with seaview . Allahuakbar. 








This is the view from hotel's lobby. How calm , how beautiful. MashaAllah.
Sampai hotel , dah lemau, kul 3.00 pm tak mandi sejak semalam, so eyuwww.
Check in hotel, and petang keluar makan dinner dekat kedai Nasi Arab Al-Mataam Al-Arabi, pekan Kuah.

Day 2
Everybody excited for the nextday...
The next morning, had breakfast at Dayang Bay, then ready dekat lobby.
Dekat Dayang Bay resort ni ada counter for pakej snorkelling ke Pulau Payar, ada brochure and maps langkawi, where to go, tempat best untuk jalan.
So aku book Langkawi Online Snorkelling untuk beach package . RM150 per person.
Dari Dayang Bay , akan ada van yang Langkawi online snorkelling sediakan untuk ke jeti Langkawi.
Sampai jeti Langkawi, proceed ke kaunter untuk dapatkan tag and pass naik ferry ke Pulau Payar.

Ferry ke Pulau Payar


Gila excited masa naik ferry / boat ke Pulau Payar ni. Hampir muntah naik ferry ni, sebag bergoyang teruk, plus duduk belakang lagi rasa nak muntah.
Aku syorkan, duduk depan depan, so that tak rasa nak muntah bila boat goyang.

Dalam sejam lebih baru sampai Pulau Payar. Jauh, tu yang boleh muntah naik boat tu.
10 pagi bertolak ke Pulau Payar,
sampai Pulau Payar dalam 11 lebih.





Air laut kat Pulau Payar ni, memang clear. Memang nampak ikan. Ikan so friendly, tak takut manusia pun. Berenang renang kat kaki. Nak ambil gambar ikan dalam air, kena ada casing phone waterproof tu, boleh masuk air tu, or kalau ada phone waterproof lagi best.






Benda wajib bawa sebelum snorkelling is, SUNBLOCK and SHADE.
Sunblock memang reapply dua tiga kali juga, supaya tak bebelang muka. Tapi lupa bawa shade. Kecewa sikit.

Sunburn!
Mandi pukul 11 lebih sampai penat. Hahah.
Dua jam je tahan mandi, sebab panas terik takut sunburn teruk, even dah apply sunblock pun.
Dekat Pulau Payar tu ada bilik mandi untuk salin baju, ada toilet, tapi mehhhh! Kotor. Air dekat toilet tu, air laut,rasa melekit garam.
Lunch included in the package, di beri makan nasi with ayam goreng, sayur and also sup ayam. Kenyang ofcourse.

From Pulau Payar balik ke jeti langkawi. Sampai jeti pukul 5 petang.
Balik hotel, mandi lagi sebab tadi mandi air laut, still tak sedap badan.
Malam keluar pergi dinner dekat Aliah Seafood. View cantik from the restaurant. Sebelah sawah padi. Masa sampai Aliah Seafood tu, sunset. Allahukbar. Cantik gila view!


Day 3 

The next day, we went for team building.
Breakfast at hotel.
Sunrise dekat Dayang ni yaallah takboleh la tak ambil gambar, TOO STUNNING.

Nur amirah. Betul nama dia memang Nur Amirah 

'Nur'Azahari? Hmm

Lepas breakfast, gerak ke Langkawi Adventure and Extreme Park , Cenang area. Dalam 30 min from hotel.
Dekat Langkawi Adventure and Extreme Park ni, ada satu pakej je, which is, RM150 for 8 games.
1)Archery
2)Paintball (Target)
3) Horse Riding
4) ATV Ride
5) Go cart
6) Flying Fox
7) Skybike (One in Malaysia tak silap)
8) 5D Cinema

Memanah

Paintball (Target)

ATV Ride

Go cart

Flying fox

Skybike!

Kalau gayat teruk, jangan try la. 


Paling enjoy ATV ride. Jauh dia bawa kami naik ATV tu. Tapi berpasir. So kene bawa sunglasses, sunblock , and mask. Sebab berdebu. Aku siap tutup muka dengan shawl lagi.

Tak sempat snap 5D Cinema. Rasa dia biasa je, duduk dalam macam wayang tu, pastuh kerusi gerak gerak, pastuh ada macam kene spray air, ada rasa panas sekejap, rasa kena tiup angin.
Tapi aku tak suka, rasa pening.

Tak nak horse ride sebab panas terik sangat. Tak sanggup hitam dan berbelang. Dah sapu sunblock pun taknak naik horse ride.

Habis semua extreme game ni dalam pukul 2.00 petang.
Perut lapar, terus gi makan, tapi memag lepas dah main semua game, baru terasa mengantuk.
Makan di Kenny Rogers.
Rest di hotel Dayang Bay
Dinner di restoran Thai tomyam Seafood Restaurant ,serius sedap gila! Kene try. Dekat kuah. Kedai dia kat corner. Semua makanan thai dia sedap.

Day 4 

Next morning , after breakfast , plan to go to Cable car Langkawi. Yes, we went there, pagi sampai. Dalam kul 9 pagi, tapi dah ramai beratur.
Beli tiket on the spot ofcourse kena beratur panjang, angin kuat kat Langkawi. Then rupanya cable car tak akan beroperasi kalau angin kuat. Dah la syok angin kuat .




Untuk tak buang masa beratur benda yang tak pasti, gerak pergi Underwater world.

Underwater world
Harga tiket  Dewasa : RM36 (warganegara )
                   Kanak kanak : RM 26
                  Senior Citizen : RM 33








Elok pegi Underwater World dari pagi, sebab ada penguin show at 10 am ke 11 am cant remember, etc. So pegi pagi k.

Then next destination is The zone duty free , Haji Ismail group paling famous, tapi aku dah pegi beberapa tempat, actually Haji Ismail Group tak murah yang diperkatakan. Bila google, ada yang lagi murah dari Haji Ismail.

That night, dinner di Seashells Chenang cafe.
View sawah padi, at night pun lawa juga, lagi cantik, sebab ada lampu lampu .

Gamba dari google
Kena ambil gamba camni masa senja baru cantik.



Sekian cerita dari saya .
Thank you baca.

1 ulasan

  1. Bestnya pergi Langkawi. Saya juga pernah makan di Aliah Seafood dan seafood mereka best! Mereka menghantar bahan-bahan mereka dengan lori makanan jadi seafood mereka segar dan sedap!

    BalasPadam

Ya!

Food Review

Resepi Masakan

Birthday

My Student Life

Skincare Review

Hotel Review