Resepi Masakan : Ayam Masak Halia Berkuah Simple

Salam semua, hai hai. Setiap hari bangun pagi mesti pikir, hari ni nak masak apa. Tanya suami, suami kata , masak la apa awak nak masak. Itu jawapan tak membantu tau. Tapi belasah jela, asal kenyang perut. Betul tak?
 Kali ni saya nak share ayam masak Halia!

Gambar dari www.iresepi.com 
Nampak terliur tengok gambar atas ni kan? Macam mana la bulan puasa nanti. Telan liur, la weh.

Okay
Bahan bahan ialah :

15 ketul Ayam dipotong kecil kecil
4 - 5 ulas bawang putih
1 inci halia - hiris halus memanjang
1-2 biji Bawang merah, dipotong bulat (Kalau suka bawang merah, banyak pun tak apa)
1 sudu kicap cair
1 sudu sos tiram
Setengah biji cili merah
Setengah biji cili hijau
1 setengah sudu kecil tepung jagung - bancuh dengan air.
Sedikit lada sulah
Sedikit garam dan kunyit

Cara - cara nya:
1. Mula mula, gaul ayam yang dipotong dadu dengan garam dan kunyit .
Goreng ayam separuh masak, tak perlu lama sangat, nanti garing.




2. Lepas dah goreng ayam , gunakan minyak yang goreng ayam tu (ambil dalam 2-3 sudu besar) untuk tumis sosnya. Tumiskan bawang putih bersama halia .
3. Lepas dah tukar warna dan bau dah naik, masuk kan kicap cair
4. Kemudian masukkan sos tiram.
5. Masukkan air.




Ini tepung jagung dan campur sedikit air. Kacau.
6. Bancuhan tepung jagung tadi bagi kuah pekat seperti sos. Dan takde la nampak macam air sup. Gaul sampai nampak pekat.
7. Kemudian masukkan ayam yang dah digoreng tadi. Masukkan garam and lada sulah


8. Then , macam nampak nak menggelegak tu, masukkan bawang merah bulat bulat, cili merah, dan cili hijau.
9. Dalam seminit nampak bawang dah layu sikit, boleh angkat. Dah  siap!




Haaaaa siap dah!!!
Senang kan?

I masak simple je, tapi kenyang la kan. Makan dengan nasi panas panas, dengan lauk sayur . Haa perfect.
Selamat mencuba korang!!


Tiada ulasan

Ya!

Food Review

Resepi Masakan

Birthday

My Student Life

Skincare Review

Hotel Review