Milo Malaysia Breakfast Day Run 2019 - Dataran Penggaram, Batu Pahat

Hellooooooo!
.
Lama tak keluarkan peluh. So last week, husband kata saturday ni dia kene masuk larian Milo.
I thought his company yang buat event tu. Rupanya Milo buat larian seluruh Malaysia. So yesterday,
buat dekat Dataran Penggaram, Batu Pahat.
Boleh tengok di website milo, go to happenings button, and click Malaysia Breakfast Day. Milo dah buat di Putrajaya, Penang and yesterday Johor, Batu Pahat.

On last 13 July 2019 start at 6am,
aku dan suami aku pergi Larian Milo. Suami aku dah daftar, tapi aku tak sempat , sebab dah sold out.
Tapi takpe, even dah sold out pun, datang je. Nanti sampai situ terus beratur untuk register, no need to pay. Just show your IC and you get free breakfast, and paling penting dapat minum Milo lori sampai puas. Ada air milo panas, sejuk, cereal milo makan dengan susu pun ada. ALL FREE!

Apa beza daftar yang berbayar dengan daftar masa event?
Okay, kalau daftar di website berbayar tu, RM35,
akan dapat
1) Medal Milo
2) Baju Larian Milo
3) Skipping rope
4) Bberapa paket sachet Milo (Tak ingat berapa tapi banyak)
5) Nestum sachet
6) Beg Bola and banyak lagi. Puas hati la larian MILO ni.




The whole dataran Penggaram tu penuh lautan manusia. SANGAT BEST!

Banyak aktiviti yang ada masa larian Milo ni, salah satunya, Dunia Milo, dalam dunio Milo ni ada sarapan kreatif, milo aktif lounge, cabaran hari sekolah, sarapan seimbang dengan Milo,sarapan dengan Milo, kebaikan Milo untuk anda, kandungan khasiat dalam Milo, dan proses pengilangan Milo. Aku tak ingat pergi booth yang mana, tapi ada booth dia tunjuk cara buat Milo dengan betul berapa sudu, then ada cam demonstrasi makanan oleh chef terkenal, tapi sorry i tak ingat nama chef tu.

kenal tak chef tu? i lupa nama dia. 

Sarapan pagi percuma k, beratur tak lama pun. Seronok! Nak pergi lagi!

Wajib la minum banyak banyak, free lagi. 






Ini adalah jadual seharian oleh Larian Milo.



 Banyak tau aktiviti Milo ni, sampai tak sempat nak try sesatu.
Tak silap aku, each of this aktiviti, kalau join dapat free nestle product. BEST KAN! Dapat sepaket maggi, dapat nestum, ehh banyak la, korang pergi k. Bawa satu family semua peringkat umur boleh main.




Aku tak sempat ambil gamba semua aktiviti, ini je sempat snap.
Rasa nak pergi lagi sampai dapat main semua game!!! Tahun depan kalau ada, nak pergi lagi.
Okay bye.

17 ulasan

  1. Wah! Bestnya!!! Cx dah la suka join run ni waima baru sekali. Hahahaha then the other day, kaki cramp! Jalan da macam ketam hahaah! Seronoknya dapat join. Next year la nampak nya. Lepas baby keluar. Hahaah!

    BalasPadam
  2. Last week pun Milo BReakfast run kat USM Penang gak. Tapi x sempat nak join sebab dah ada plan lain. Tp ni mmg antara event yg semuorang tunggu-tunggu kan.

    BalasPadam
  3. Macam menarik je aktiviti macam ni. Dari dulu teringin nak join aktiviti macam ni ataupun yg running. Tapi tak ada geng. Nk join ni kena ada geng baru best.

    BalasPadam
  4. Ala comelnya medal Milo tu! Run Milo ni memang famous, setiap tahun dapat sambutan yang menggalakan. Meriah je orang yang join. Tapi Nad tak pernah lagi join run Milo ni heheh. Rindunya nak join run :D

    BalasPadam
  5. Wahh! Meriahnya! Lama tak join program sihat macam ni. Selalu dulu dengan member memang syok. Iyalah sambil happy dapat jaga kesihatan sekali kan. Btw comel gila medal tu! Seronoknya boleh buat koleksi! :D

    BalasPadam
  6. Oh menarik nii mcm nii. bagus laa ada program mcm nii, mengajak org ramai unt aktifkan dan cergaskan diri. comell jee medal tuu hehee.

    BalasPadam
  7. Mat Drat memang suka dengan event Milo Breakfast Day ni , secara tak langsung kita galakkkan dan ingatkan anak-anak betapa pentingnya sarapan pagi!!

    BalasPadam
  8. wah cantik nya medal dia. dah lama rasanya tak join run macam ni. kalau dulu ada jugak join .

    BalasPadam
  9. Mouse mommy pun join MILO Run jugak! Best kan, ada breakfast, larian, zumba, aktiviti kanak-kanak dan sebagainya. Memang best!

    BalasPadam
  10. Teringin sangat nak join run macam ni tapi tak pergi-pergi lagi. Mungkin kena tunggu anak dah besar sikit baru ada masa leisure macam ni. Seronok aktiviti sihatkan badan macam ni.

    BalasPadam
  11. alamak aii, cantik comel nyer medal milo tu :) berkenan.
    aida tak pernah join lagi funrun gini.
    just funwalk jer pernah join. best.
    aktiviti gini kalau sekali dah join, akan addcited :)
    sebab ia seronok dan sihat.

    BalasPadam
  12. Rawlins kalau datang aktiviti Milo mesti nak cari trak milo sebab nak minum milo ais nan nyaman tu. Hahaha.
    Kawan Rawlins ada seorang yang bekerja kat event nie - di mana-mana ada dia kalau Milo Breakfast Run nie ada.

    BalasPadam
  13. Eh bestnya kalau join program milo breakfast day run ni! Dah la memang suka dengan produk nestle, kalau dapat free memang bahagia sungguh rasa. Air milo dari trak dia paling best!

    BalasPadam
  14. Rasanya larian milo ni dia selalu buat kat banyak lokasi jugak. Tapi tak pernah join pun, hahah. Nanti la ada rezeki boleh join.

    BalasPadam
  15. Seronoknya join aktiviti mcm ni klu kak pun nk join last join aktiviti treasure hunt tp penat giler sbb kena round6kl

    BalasPadam
  16. saya pon since 3 tahun lepas, every year join, cantik medal tahun ni,
    btw done folllow #114

    BalasPadam
  17. Run Milo memang famous dalam Malaysia. Milo run ada minuman yang sedap terus dari lori milo dan aktiviti yang menarik setiap tahun. Saya sedang mencari lori sewa yang lebih kurang sama size dengan lori milo ini untuk restaurant saya. Blog sis sangat menarik dan saya sangat suka dengan gaya tulis sis. Keep posting@

    BalasPadam

Ya!

Food Review

Resepi Masakan

Birthday

My Student Life

Skincare Review

Hotel Review