Jerebu (Haze)

Assalamualaikum, selamat bertemu kita. Tak keluar rumah sangat beberapa hari ni. Sebab jerebu teruk di luar.
Pagi pagi ingatkan kabus, tapi bukan, jerebu.
Cuaca tak baik di Malaysia. Awak semua jangan lupa jaga diri.
Awak semua boleh cek jerebu di kawasan rumah awak.
Semakan IPU Online Indeks Pencemaran Udara Jerebu terkini
Pergi ke laman web,
Air Pollutant Index Malaysia , ni link nya

Cara nak tengok, mudah sahaja, ikut warna.
Tahap pencemaran atau IPU menggunakan warna dan nilai bacaan.

1. Hijau : Baik
2. Kuning : Sederhana
3. Orange : Tidak sihat (sensitive group)
4. Merah : Tidak Sihat
5. Ungu : Sangat tidak sihat
6. Merah gelap : Bahaya.





Hati hati semasa jerebu ni.

1) Elakkan joging, atau buat aktiviti luar so that tak terdedah kat luar.
2)Banyak kan berada di dalam rumah/ bangunan / indoor.
3) Tutup tingkap, elak jerebu masuk rumah
4) Banyak kan minum air kosong. Tak dahaga pun, minum je.
5) Kalau tak sihat, mula batuk, sakit tekak, cepat cepat beli ubat, strepsils and minum air banyak banyak.


Semoga kita sama sama jaga kesihatan. Amiin.

Tiada ulasan

Ya!

Food Review

Resepi Masakan

Birthday

My Student Life

Skincare Review

Hotel Review