Resepi aiskrim oreo mudah , 3 bahan sahaja.



Kak Ummi ada share resepi aiskrim oreo. Jimat gais. Aku cam wahhhh, boleh buat sendiri , tak terfikir pun. Ada lagi resepi kak umi share, aku teruja. Tak saba nak jadi ibu yang multitasking. Beli frozen otak otak then buat popia then goreng. Kenapa entah aku tak terpikir. Pikir beli , satu RM0.50 haa settle. Tapi tak sedar, kita boleh jimat, tapi JANJI RAJIN. KENE USAHA BARU NAMPAK HASILNYA. Thank you kak umi share resepi. Ihiks . Semoga kita jumpa lagi. 


Hai, kali ni nak share benda paling senang nak buat. Resepi aiskrim oreo yang mudah.
Hanya menggunakan 3 bahan. Ye tiga bahan je. 
3 bahan ni aku buat  untuk 4 orang makan aiskrim.
Bahan bahannya : 
1. Susu low fat atau susu full cream 2 kotak
2. 4 Oreo pack (3 biskut satu pack)
3. Batang aiskrim




Sangat sangat mudah nak buat aiskirm oreo ni. 
Boleh je nak beli aiskirm oreo yang dah siap di kedai
Tapi, harganya agak mahal untuk satu unit dan rasanya manis sangat. Bagi saya la. So saya decide untuk buat sendiri, oreo aiskrim dengan mudah dan rasa just nice, tak manis dan tak manis sangat. 


1. So first, biskut oreo tu, hancurkan. Jangan hancur sangat, tumbukkan sikit, bagi dia hancur kasar kasar. Tumbuk sebelum buka pack tu

2.Kemudian, ambil susu low fat, saya beli susu low fat, nak pakai full cream pun boleh. Masukkan susu kedalam plastik oreo yang dah tumbuk tadi. 
Jangan penuh sangat.



3.Kemudian, cucuk batang aiskrim setiap satu pack oreo tu.

4. Masukkan kedalam cawan atau bekas supaya tak tumpah dalam peti ais. Esok nak makan, taraaaa, dah siap! 

5. Koyak plastik dan makan!

Korang boleh cuba, selamat mencuba!

Tiada ulasan

Ya!

Food Review

Resepi Masakan

Birthday

My Student Life

Skincare Review

Hotel Review