Food Review : Breakfast by the river, Kuala Kangsar Perak.

Assalamualaikum , hai, lama tak buat review makan best.
So last week ada tempat best, unik, dan menarik untuk di try.
Nama kedai dia Breakfast by the river.




Nak ke Breakfast by the river ni, kena pagi. Yela, nama pun breakfast. Sudah tentu kena pagi.
Nak datang sini, kena datang pagi lepas subuh tau. Ye betul lepas subuh baru tak ramai.
Dalam pukul 715- 730 pagi sampai situ tak ramai orang, boleh pilih tempat nak makan kat meja mana.
Lepas kul 750 ke atas, wahhhh dah banyak kereta parking and datang kedai ni.
Fuhh dahsyat.



Aku pergi dengan family, makcik saudara dan pakcik saudara.
Sampai je situ ayah dah pilih nak duduk meja betul betul tepi sungai, 'by the river' la katakan, haaa betul betul tepi sungai.
Jangan risau , ada pagar tepi tu.
Selamat je.




Venue
Nak cari kedai ni, tak susah mana, ada da sign board masuk dalam. Jangan risau kalau lepas jumpa signboard tu, ada jalan kecil, masuk hutan sikit, lepas masuk jalan kecil tu, ada nampak kawasan parking yang luas , dan ada pintu gerbang tulis 'Breakfast by the river'. Dah tak salah tempat dah tu.
Senang parking, tak de masalah , luas kawasan parkingnya.
River view tu yang buat dia unik juga tu, tempat lain breakfast tak dapat macam ni.

Harga 
Harga semua makanan berpatutan. Tak mahal sangat, okay la. Boleh tengok menu yang saya sharekan dibawah,




Taste 
Aku makan nasi dagang, roti bakar telur goyang dan roti bakar cheese. Sedap! Tak puas , rasa nak tambah lagi, and dengarnya, nasi kerabu pun sedap. Tapi tula, tak order pula. Next time datang kena try pula nas kerabu. hihihi




Service 
Sevice okay, pekerja ramai. Tak lama menunggu. Sebab kami datang awal, kalau datang lambat sikit dalam 8-9 pagi, dah ramai orang, mungkin lama sikit tunggu, harap bersabar ye.
Nak service laju kena datang awal, heheheh

Operation hour 
Buka sabtu hingga rabu jam , 7.30 pagi - 1130 tengah hari.
Tutup hari khamis dan jumaat.

Alamatnya di, Kampung Pasir Batang Kulim, 33000 Kuala Kangsar, Perak
016-668 5060. Boleh wazekan ke https://goo.gl/maps/vArmv4n2mgiJcBEi6 

Facebook : https://www.facebook.com/bbtrkk/

Review 
4.0/5



Tiada ulasan

Ya!

Food Review

Resepi Masakan

Birthday

My Student Life

Skincare Review

Hotel Review