PKP 3.0

 Assalamualaikum semua pembaca blog saya, ada ke yang baca? 

Apa kaba semua? Harap korang semua sihat walafiat dalam keadaan negara dan dunia tengah berlawan dengan covid-19 ni.

Lama tak borak santai, biasa buat skincare review je heheh.


Nak cerita, aku apply cuti jumaat lepas 4 June , plan 4 bulan lepas nak pergi cuti jalan jalan JB, tapi bila dah pkp tak boleh rentas negeri, so cancel tido hotel. Jumaat, sabtu ahad and isnin (public holiday Agong’s birthday) . Lama 4 hari cuti duduk rumah, setakat keluar beli barang dapur je la. Keluar gi kedai dekat pun rasa happy gila. 


Stay at home everyone. 

Kalau company korang suro Work From Home, syukur WFH la kat rumah. 

Kalau company korang kena kerja sebab company korang essential, kerja lah dengan baik. Syukur dapat kerja disaat pandemik ini.

Kalau korang sedang mencari kerja, cari kerja jangan giveup. Sekarang interview banyak online interview, so go and explore kerja kosong, at the same time manfaat kan masa di rumah. Selagi mak ayah adik beradik masih ada hargai mereka. 


Sekarang kes covid hari hari 4 angka kes.

9k,7k,8k dan semalam terbaru 6k .

Tabahnya nurse nurse doktor doktor yang kena jaga pesakit kat hospital. 

Semoga mereka kuat! Aku tengok nurse pakai PPE pun dah lemas apatah lagi diorang tengah pakai tu, plus bila ada mayat covid-10 meninggal, diorang juga yang uruskan jenazah.

Semoga pahala dan syurga buat frontliner nurse dan doktor kita.



Rindu ibu ayah kat KL, adik adik, kawan baik, sedara mara dan kawan kawan. 

Family and best friend boleh la call selalu . Sedara mara ni raya je jumpa, tapi dah dua tahun tak raya. Setakat hanta gamba selfie je kat group family besar. Allah, harap covid 19 ni cecepat hilang didunia.

Nak jumpa sedara mara bergelak ketawa sampai menanges, hahah. 



Semalam sempat berzoom in bersama family besar , happy gila semua, sebab first time video call ramai ramai. 

Cousin dari jepun paling jauh tu pun join sekali. 



Harap kita semua sama sama jaga diri okay .

Sanitizer selalu. 





Tiada ulasan

Ya!

Food Review

Resepi Masakan

Birthday

My Student Life

Skincare Review

Hotel Review