Food Review : Qastina Palace (Buffet Ramadhan)

Food Review : Qastina Palace 


Hai semua! Ya allah ni dah draft yang ke 3 dah ni. Tak post post. So kali ni aku janji aku post. Okay , so this time nak review pasal buffet ramadhan. Bulan puasa ni, 4 tempat aku pergi buffet ramadhan, hari hari biasa tu masak kat rumah. Sesekali makan luar kan. Not in KL but in Batu Pahat. 






Aku tercari cari buffet ramadhan yang best macam kat KL (biasa duduk KL kan) cam mkat hotel St Regis tu ke Marriot. 

So kawan aku ada share this place nama Qastina Palace, Jalan Gunung Soga. 

Aku just google the place sebab nama pun cam dah gah gituw. 

Bila aku google, wow its actually like castle. Memang the house depan tu bentuk castle. Rupanya ramai malay wedding buat dekat this Qastina Palace. Mashallah tak sangka ada tempat cantik macam ni. Feeling princess.

Tapiii ahh saba dulu, kita pegi dulu, baru tahu macam mana.




Minggu kedua ramadhan, ramadhan ke 15 aku pergi sana. Book awal seminggu sebab takut penuh la tempat cantik macam ni. 

Satu pax RM40 exc kambing.

Kambing add on RM10 


Harga

RM40 satu pax! Murah sangat kalau nak banding ngan tempat lain. Masa book tu, memang kene terus bayar. So admin boleh lock kita. 


Sebelum pergi, aku risau juga kene scam ke, takut datang tu nanti , makanan sikit tak banyak choice ke apa . Overthinking gila .

Pukul 6.15 centu sampai tempat palace ni. 




Parking

Parking terbaik! 4.5/5 aku bagi. Memang sebelah Qastina Palace ni ada padang untuk parking ye. 

So sangat senang nak parking. Cuma kalau hujan sedikit lecak.Sikit je la


Place

Sampai situ , pintu masuk ada tiga.

Depan, kanan dan kiri . This Qastina Palace it's actually corner lot. Memang besar ye. Aku masuk kat pintu tepi. 

Then macam wow, ada hiasan bunga bunga kat entrance masuk. Khemah cantik transparent. Loveeee! Terus pergi kat stand orang cakap tu, aku bagitahu 'Ada reservation atas nama Aliah' 

The staff terus tengok list and bagitahu meja kita dekat mana.

Kat meja rupanya dah ada nama nama yang book . Meja dia gabung dengan stranger.

Macam aku contoh pergi dengan tiga orang,

satu meja 8 kerusi.

Jadi ada orang lain share dengan kita duduk sekali. Okay je. Tapi lagi best kalau kita bawa satu family 8 orang duduk satu meja. 




Ada host kat situ, jadi host tu akan bagitahu bila akan start ambil makanan. 6.50pm baru boleh ambil makanan. Aku dapat seat kat luar, depan kambing bakar. Makanan banyak kat dalam. Tapi dia letak asing asing, 

Dalam dewan 

Bahagian western and dessert kat satu area .

Nasi dan lauk kat satu tempat 

Luar dewan

Air air dekat luar, aiskrim pun kat luar.

Ada tempat kuih kuih traditional / soto dekat luar. 


Bagi aku , senang buat macam ni, tak beratur panjang lama. Sebab makanannya tak setempat. 




                                                       


Makanan

Setakat ni aku makan buffet, ambil sikit sikit. Semua jenis aku ambil tapi portion sikit. Sebab nak rasa semua benda

Dessert paling laju orang ambil sebab cantik and cute! Aku tak sempat sangat nak snap tau, semua dah ambil. Tapi ada je kuih traditional lain ke apa, yang cantik yang hipster tu orang ambil dulu. Cupcake, cheese cake , pavlova licin. Dia topup tapi not immediately. Lepas orang dah buka, dia topup lagi.

Makanan dia sedap. Okay sangat. SlTakde yang terkurang masak ke apa. 


                                                   


Ada pelamin sesape nak begamba, boleh.

Memang cantik.


Surau

Surau dia sejuk gila.

Full carpet weh! Aircond sejuk. 

Dah ada wudhuk lagi senang, masuk , terus solat. 

Surau perempuan kat belakang pelamin. Wudhuk , katanya jauh kat belakang dewan sikit. Tapi aku tak ambil wudhuk, taktahu mana. 

Overall 

Aku suka sini! And nak pergi lagi tahun depan bersama suami. 

Aku bagi 4.7/5 for this place

LOVE LOVE LOVE! 


7 ulasan

  1. Wah.puas hati tempat besar macam ni..kalau kemudahan pun bagus ok la tu

    BalasPadam
  2. cantiknya tempat ni.. x sangka kat batu pahat.. kalau ke sini boleh singgah - ayu rafikah

    BalasPadam
  3. This place seriously serves up an amazing and beautiful ramadan spread! yummy!

    BalasPadam
  4. Luas dan cantik tpt dia, menu2 pun menarik

    BalasPadam
  5. Wow… this place look so fairytale like. Looks like a good place to dine. Thank you for sharing.

    XoXo,
    Fadima Mooneira

    BalasPadam
  6. Tempat event ni cantik macam castle, the decor kat dalam pun elegant plus price also reasonable

    BalasPadam

Ya!

Food Review

Resepi Masakan

Birthday

My Student Life

Skincare Review

Hotel Review