Kopi Lokal Review : Kedai Kopi AlSaeed, Muar




Hari tu jalan Muar. Sebab nak try Kedai Kopi ni. 

Check in hotel Dream Luxury hotel sehari sebelum, pagi after subuh dalam kul 7.15am dah gerak ke kedai kopi nih. Memang dia buka awal. 

Operating hour 

7.30am - 12pm (tutup hari isnin)

Sampai je kedai tu, dalam kul 7.30am. Antara pelanggan terawal datang. Belum ada orang lagi. Jadi terus ke kaunter untuk order. 






Kami order lontong, lempeng, satay dan bihun sup.

Sedap semua makanannya. Bersih. Sangat suka dengan suasana dalam kedai makan ni. Macam zaman dulu dulu. Selepas kami order, orang dah start ramai datang. Jadi betul la plan kami datang awal sikit. 

Kedai makan ni sangat bersih, tandas dia pun bersih. Kampung vibes tu ada, terngingat rumah zaman dulu, memang boleh mengimbau kenangan. 

Kedai beroperasi 

7.30pm - 12.00pm. Hari hari buka kecuali hari isnin.


Parking, 

Senang cari, sebab kawasan kedai ni bukan kawasan yang sibuk sangat. Jadi senang nak cari parking. 

Jom semua support lokal di Malaysia 

Tiada ulasan

Ya!

Food Review

Resepi Masakan

Birthday

My Student Life

Skincare Review

Hotel Review