Best preng

02:49

Haaa ni sorang kawan aku ni, nak cari kerja. Aku expert bab cari kerja ni, tapi tahu cari dekat uia je. Hahah. Hantar resume semua tu. Tapi sekarang ni , bukan timing orang nak pekerja baru. So, tak banyak department dekat uia tengah cari kerja sekarang.

Dah lama aku tak bangun tengah hari, hari tu, bangun pukul dua belas tengah hari. Wow! anak dara terhormat tak? Bangun bangun terus siap nak tolong aizat cari kerja. Aizat ni, sebenanye dah kerja lepas tu benti. Sebab apa? heheh, kang aku cite mampus aku kene kang.
Lepas tu, tak jadi sebab nak petang, then we're off tu one utama. Joyah sangat, kata nak cari kerja, ni tak, pergi cari selipar dekat one utama. Beli kat pasar lagi gempak la hoi.






Takde pun gambar aizat main piano, tak layak , tak layak. ahaha

The next day, kiteorang keluar hang out lagi. We never get bored hang out hari hari.
Pagi pukul tujuh dah bukak almari cari baju nak pakai apa. Itu pun empat puluh minit menghadap almari tak tahu nak pakai apa.

So pagi tu brekfast , pergi uia with shepa and aizat. Memana department yang mintak resume tu, bagi je la. Kalau dapat call tu, dapat la kerja.




Farah, dia dah bagitahu awal awal , dia bangun lambat siket. Dah terpacak depan rumah lepas pegi uia tu pun tak percaya yang kiteorang depan rumah dia. Comel gila farah.

Ada satu kedai dessert nama dip n dip.
Semua dessert dia semua coklat. Sedap gilaaaa. Ni keluar ni, shepa la yang ajak. Sebab dia pernah pergi dengan abang dia.




Dip n dip terletak di bangsar , jalan telawi 3. Berdekatan dengan bangsar village.
Buat pertama kalinye drive ke bangsar bawak kawan kawan. Pertama kali, *bangga sensorang. Ibu sebenanye tak bagi bawak jauh jauh, tapi tu la, kalau tak, bila nak pandai drive.

Masa drive tu, apa yang dalam kepala aku is "Okay ke aku drive ni?" "eh, selamat ke semua dalam kete ni?" "Apa diorang rasa eh aku drive, mesti takut eksiden.".
Macam macam aku pikir tapi dalam kete tu becakap jugak nonstop. Mulut becakap lain, kepala pikir lain. Hadoooi




So this is what we eat, terliur takkkk? haha. Pergi on weekdays, tak de orang pun kat kedai ni. Kiteorang je. Nak order makanan, dua puluh minit pikir. Mahal, tapi sedap and sangat puas.
Total semua makanan ni RM95, itu pun share share tau. And then macam terasa blood sugar increase dalam badan.







Ada tau highschoolmate lain jeles sebab kiteorang selalu hang out sesama. Alla, jangan la cemburu. Cemburu dengan boyfriend you tak pe la.
Kiteorang selalu hang out sebab rumah dedekat, bukan la jiran sebelah rumah, tapi dedekat la. Tambahan lagi , kiteorang semua student uitm, kalau sorang cuti, yang lain sama jugak la cuti. Haaa gituh.

You Might Also Like

0 comments

Social Life