Hate-Love

11:06

Tak boleh benci sesuatu, sebab one day mesti benci tu berubah jadi suka, kemudian cinta.

Aku tak percaya benci boleh jadi cinta dulu, aku geli. Zaman sekolah dulu kasar, ganas, allahuakbar,geli tengok perempuan orang pakai handbag.
Sebab aku pikir, semua boleh masuk poket. Phone, purse, kunci rumah etc. semua masuk poket.
Habis zaman sekolah, aku sedar, mana boleh semua masuk poket. Pegang kat tangan boleh tertinggal kat memana. Bahaya.
Sah, aku kene pakai handbag. Sebab ada benda lain lagi selain phone dan purse.
Banyak.
Tisu, segala jenis kunci, purse, phone, charger, powerbank, banyak!
Like seriously kene ada handbag.
Since that, aku tak boleh dah benci pakai handbag and tengok pakai handbag. Sebab diri ni perempuan. Hehe

Another things is i hate account. Highschool aku ambil science stream then, masuk uni aku dapat perakaunan. Try juga untuk suka akaun. Tapi susah, memang try the best je buat diploma akaun. It was hard. Kalau aku minat gila akaun, aku tak rasa akaun susah. Classmate, bestfriend, housemate masa diploma la buat aku kuat habiskan juga akaun.

Degree, i tak ambil akaun. I knew it will become harder. FAR400 la, FAR600, takut dengar.
I took islamic banking. Syukur, it was great. Banyak hadith alquran i learnt. Plus about economics, finance and all that.

Internship, back again dapat position kerja account assistant. Mula mula memang takut, sebab the words of 'account'.
But bila kerja, banyak pakai system. Microsoft excel and Bepoz System.
Tak boleh lari dari akaun. Allah dah tetap kan hidup kita. Kene redha.
Jangan benci, just go with the flow.

Banyak lagi dalam hidup aku berumur  24 tahun ni, jadi macam tu, buat aku terfikir, tak boleh benci, tak boleh tak suka.

Betul tuhan tu adil.


You Might Also Like

0 comments

Social Life